Personal Information Protection Policy-malay | NIHON DENKEI (MALAYSIA) SDN.BHD. | Official Website

Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi

Garis Panduan Untuk Perlindungan Maklumat Peribadi

Nihon Denkei Co., Ltd. dan subsidiarinya (selepas ini dirujuk sebagai “Nihon Denkei”) memahami sepenuh tanggungjawabnya sebagai “entity-entiti yang mengendalikan maklumat peribadi” untuk melindungi maklumat peribadi semua orang termasuk pelanggan dan pembekal yang memberikan maklumat peribadi kepada Nihon Denkei (selepas ini dirujuk sebagai “orang tersebut”). Oleh itu, Nihon Denkei telah menetapkan dasar khusus mengenai pengendalian maklumat peribadi seperti yang dinyatakan di bawah, dan akan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi.


  1. Pemerolehan Maklumat Peribadi
  2. Bilamana Nihon Denkei meminta seseorang memberikan maklumat peribadinya kepada Nihon Denkei, kami menyatakan terlebih dahulu bagaimana tujuan maklumat peribadi orang tersebut akan diguna (selepas ini dirujuk sebagai “tujuan penggunaan”).
    Dalam kes berikut, walau bagaimanapun, kami mungkin mengecualikan dalam menyatakan tujuan penggunaan.

    • o Apabila maklumat peribadi diberi semasa berada dalam mesyuarat perniagaan atau semasa menukarkan kad perniagaan.
      o Apabila maklumat peribadi diberikan melalui kad perniagaan di acara, pameran, atau seminar dan lain-lain.

    Apabila seseorang menggunakan laman web kami, kami mungkin meminta maklumat peribadinya untuk memenuhi permintaannya. Kami akan menyatakan tujuan penggunaan dalam apa jua keadaan, oleh itu, sila memberikan maklumat peribadi anda kepada kami selepas anda memastikan

    1. Pendaftaran pengguna
    2. Pendaftaran produk
    3. Muat turun katalog atau bahan teknikal atau permintaan dokumen
    4. Permohonan untuk menyertai acara
    5. Soal selidik atau sesuatu yang lain
    6. Permintaan untuk anggaran, pembaikan dan penentukuran produk
    7. Permohonan kerja
    8. Lain-lain

    Kami melakukan usaha yang terbaik dalam melindungi maklumat peribadi pelanggan yang memilik maklumat peribadi tersebut. Maklumat yang kami mengumpul daripada pelanggan di laman web kami hanya akan diguna untuk memenuhi tujuan penyediaan maklumat yang bernilai kepada pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan kami.
    Kami tidak akan menggunakan maklumat peribadi tersebut untuk tujuan lain.


  3. Penggunaan Maklumat Peribadi
  4. Kami akan menggunakan maklumat peribadi dalam julat yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan seperti yang di bawah.
    Apabila kami menggunakan maklumat peribadi pelanggan tanpa julat tujuan di bawah, kami akan mendapat kebenaran orang tersebut terlebih dahulu.

    1. awab atau hantar pertanyaan tentang petikan, permintaan dokumen atau tentang produk yang dipamerkan
    2. Jawab untuk pendapat atau pertanyaan mengenai perkhidmatan laman web kami.
    3. Notis soal selidik, promosi jualan, atau sesuatu yang lain. Menghubungi dengan pemenang. Penghantaran hadiah
    4. Surat berita e-mel. Menyampaikan maklumat seperti hebahan-hebahan


  5. Pendedahan Maklumat Peribadi kepada Pihak Ketiga
  6. Nihon Denkei tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dalam sesuatu atau lebih daripada sesuatu situasi berikut

    1. Apabila orang tersebut telah memberi kebenaran
    2. Apabila maklumat peribadi didedahkan melalui cara yang mana orang tersebut tidak dapat dikenalpasti (contohnya, data statistik).
    3. Apabila maklumat peribadi didedahkan kepada peniaga Nihon Denkei, gabungan Nihon Denkei atau lain-lain yang telah diwajibkan untuk memelihara kerahsiaan kepada Nihon Denkei dalam skop yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan penggunaan.
    4. Apabila perlu bagi penyelesaian pembayaran untuk produk yang dibeli atau perkhidmatan yang disediakan untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada institusi kewangan dan lain-lain.
    5. Apabila pendedahan kepada pihak ketiga dibenarkan oleh undang-undang atau garis panduan yang berkaitan.
    6. Apabila kehakiman atau organisasi pentadbiran telah mengarahkan pendedahan atau penyediaan maklumat peribadi mengikut undang-undang atau ordinan.
    7. Apabila maklumat peribadi didedahkan atau dikongsi antara Nihon Denkei Co., Ltd. dan subsidiarinya atau antara subsidiari-subsidiari dalam skop yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan penggunaan.


  7. Pengurusan Maklumat Peribadi
  8. Untuk mengelakkan kebocoran, pengubahan, kehilangan atau penggunaan bagi apa-apa tujuan selain daripada tujuan penggunaan, Nihon Denkei menguruskan maklumat peribadi dengan ketat dalam persekitaran yang selamat di bawah keselamatan yang ketat mengikut undang-undang, garis panduan dan peraturan-peraturan dalaman yang berkaitan.


  9. Pertanyaan tentang Maklumat Peribadi
  10. Seseorang yang ingin mengakses, mengubah atau membetulkan maklumat peribadinya haruslah menghubungi bahagian atau kakitangan Nihon Denkei yang sesiapa orang tersebut telah memberikan maklumat peribadi mereka kepada (tapak maklumat hubungan yang dipaparkan di laman web melaluinya maklumat peribadi telah disediakan). Kemudian, Nihon Denkei akan membalas permintaan orang tersebut dengan tepat mengikut prosedur yang ditetapkan.
    Dalam kes tersebut, untuk mengelakkan pihak ketiga memperoleh atau mengubah maklumat peribadi yang menyalahi undang-undang, Nihon Denkei akan mengesahkan sama ada permintaan itu betul-betul dilakukan oleh orang tersebut.
    Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Polisi Privasi lain yang diterjemahkan, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Nihon Denkei (Malaysia) Sdn. Bhd.

Researched by Shared Research Inc.
about Nihon Denkei Co., Ltd.